Tangani Stres Anda « Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Posted on September 22, 2011

0


Tangani Stres Anda

Posted by smartz di Ogos 13, 2007

via Tangani Stres Anda « Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing.

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Terdapat berbagai cara untuk menangani masalah stres. Namun begitu untuk menanganinya secara berkesan anda perlu tau apakah punca-punca stres yang ada. Stres boleh wujud disebabkan oleh perhubungan sosial, masalah pekerjaan atau persekitaran yang wujud di sekeliling anda .

Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.

Satu lagi kaedah untuk menangani stres ialah menggunakan kaedah kerja atau belajar berkesan. Elakkan dari membuat kerja atau tugasan anda di saa